Pengenalan
Sistem
pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai
kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran
murid lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun,2003). Multimedia merupakan salah satu daripada
kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut.
Menurut
Jamalludin dan Zaidatun(2005), perkataan multimedia yang digunakan sejak
1970-an membawa pengertian yang berbeza dengan takrifan multimedia sekarang.
Persembahan slaid yang diiringi kesan bunyi, persembahan yang menggabungkan
audio-visual menerusi televisyen, persembahan teater dengan sokongan elemen
video, penggunaan transparensi dengan sokongan grafik berwarna warni misalnya
dianggap sebagai satu persembahan multimedia. Ia selaras dengan definisi
multimedia ketika itu, iaitu penggunaan pelbagai jenis media iaitu penggunaan
lebih dari satu media dalam satu persembahan walalaupun media yang digunakan
terpisah atau terasing antara satu sama lain.
Pada
pertengahan tahun 1980-an, iaitu apabila teknologi komputer semakin maju dan
mula mendominasi setiap aspek kehidupan manusia, multimedia mula dikaitkan
dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima
media utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Ia melibatkan
penggunaan kombinasi mana-mana dua atau lebih media yang telah dinyatakan.
Kepelbagaian media di dalam satu persembahan multimedia bukan lagi terasing
tetapi kini diintegrasikan bersama di dalam satu sistem menerusi teknologi komputer.
Definisi
multimedia yang diberikan oleh Webopedia pula ialah penggunaan komputer untuk
mempersembahkan teks, grafik, video, animasi dan bunyi dalam cara yang
diintegrasikan. Ia selaras dengan definisi yang diberikan oleh Multimedia
Development Corporation Sdn Bhd iaitu multimedia adalah kombinasi yang melibatkan
penggunaan teks, grafik, bunyi, animasi dan video. Di rumah, program multimedia boleh didapati
di dalam komputer, televisyen dan peralatan hiburan. Ia menyalurkan berita,
sukan, permainan elektronik dan wayang gambar ke rumah. Ia juga membolehkan
kita membeli belah, berbual dan bermain melalui komputer dan internet tanpa
keluar rumah. Di sekolah, multimedia memudahkan kita mencari maklumat dan
mempelajari kemahiran baru dengan cara yang menarik dan di sudut rekreasi pula,
multimedia telah mempelbagaikan permainan kanak-kanak. Permainan elektronik
amat menyeronokkan. Kita bukan sahaja boleh bermain sendirian atau dengan rakan
setempat malah melalui internet kita boleh bermain dengan kawan-kawan di
seluruh dunia.
Perkembangan
teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang
belajar, cara memperoleh maklumat, cara mentafsir dan menggunakan maklumat dan
sebagainya. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi
kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk
dan pendekatan dapat dicapai dengan lebih mudah dan pantas.
kepada sesiapa yang nak copy + paste, pastikan anda paste as words only, kalu x, nanti dengan highlight2 kelabu tu skali akan terpaste. :)
ReplyDelete