Friday, February 21, 2014

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

            Di dalam dunia teknologi maklumat masa kini, di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada di dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat membantu memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.

          Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.

        Dalam dunia pendidikan subjek utamanya adalah guru dan pelajar. Adanya guru kerana adanya pelajar. Guru dan pelajar sama-sama telibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses dua hala di mana guru mengajar atau menyampaikan ilmu dan pelajar belajar iaitu menerima atau menimba ilmu.

            Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun tidak dinafikan akan kejayaan yang telah diperolehi, namun ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Komunikasi sehala banyak berlaku di mana  seseorang guru berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini boleh mengurangkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.


1 comment:

  1. kepada sesiapa yang nak copy + paste, pastikan anda paste as words only, kalu x, nanti dengan highlight2 kelabu tu skali akan terpaste. :)

    ReplyDelete

Nasihat Menasihati Itu Penting... So, Comment La Ape-ape saje...